14 September 2011

~Take A Break With My Life~

MAKAN
Ramai orang cakap aku diet? Hello, diet tak pernah wujud dalam kamus hidup aku. Macam
mana rasa diet pun aku tak tahu. Aku ni jenis makan je apa yang ada depan mata, kurang cerewet
katakan. Tapi kalau aku cari makan kat kedai terutamanya nasi campur, aku jarang nak ambil lauk ayam. Pilihan utama ialah daging ngan ikan je. Tak suka makan nasi campur kuah, makan kering je..kena pulak ada tempe ngan tauhu goreng, fuh!!..Err, aku tak tolak kalau ada KFC depan mata. hehe..
Selera makan aku lebih kepada masakan Sarawak. Memang sayur peria or rebung masak belacan ibu terbaik la setakat ni..dan korang pun patut cuba sambal belacan orang Melanau macam mana:)

LIPSTICK
Aku ni peminat lipstick yang tegar. Pernah tu aku beli benda alah ni tiap-tiap minggu. Selagi aku rasa tak chantek warna lipstick kat bibir selagi tu la aku kan cari kat kedai. Sekarang ni entah berapa puluh la aku jadikannya sebagai koleksi peribadi. Kadang-kadang ada yang aku hanya pakai sekali je.

BAJU
Ni lagi satu...pantang masuk kedai baju. Apa yang buat aku rasa sangat bertuah sebab aku tak payah masuk fitting room kalau nak try satu-satu baju. Main belasah je beli. Seronok kan kalau ada body ala-ala petit ni.hehehe..terperasan la pulak.

HARRY POTTER
Kegilaan yang melampau terhadap siri ni. Tak pernah miss setiap novel, ok! Malah, aku akan ulang banyak kali banyak novel tebal tanpa jemu. Kalau tengok movie, akulah yang paling excited nak cerita balik kat Encik Tunang jalan cerita.
p/s: J.K Rowling, tolonglah buat sambungan kesukaan saya ni:(

MUZIK
Let the music heals your soul.Chewah!!!
Suka dengan lagu-lagu ciptaan Edry KRU. Senang nak tarik perhatian pendengar. Dalam banyak-banyak lagu yang pernah aku dengar, lagu yang paling menusuk di kalbu ialah Ayah dan Ibu nyanyian Allahyarham Sudirman. Penuh makna, kena sekali dengan melodi. Sampai dedek Danish pun boleh ikut nyanyi walaupun sebutan entah apa-apa.

MELANAU
Apabila darah Melanau tetap mengalir dalam diri, selama-lamanya aku takkan lupa dari mana asala-usulku. Rindu dengan zaman kecilku. Rindu pada ipo, datuk yang tak pernah luput ingatan dan kasih sayang terhadap kami walaupun jauh di mata, kerana di hati sentiasa dekat..huhu. Rindu kat mak sedara dan bapa sedara. Walaupun kitorang dok jauh, tetap rasa mesra dan dekat..maybe sebab anggap anak sedara ni macam anak sendiri. Yang belah Klate ni, korang ade? Cari gaduh sesama sendiri korang reti la kan!
Walaupun dah lupa macam mana nak cakap Melanau tapi Alhamdulillah, aku masih lagi paham cam ne nak explain or translate ape diorang cakap:)

p/s: tunggu Take A Break With My Life versi 2 pulak ye:)

No comments:

Post a Comment