13 September 2011

7 Mitos Tentang Diet Yang Anda Tidak Sedar


Terdapat ramai orang yang masih lagi percaya dengan mitos ini. Kerana mereka hanya mendengar cakap-cakap orang tanpa melakukan kajian terlebih dahulu. Dan apabila mempercaya mitos ini, mereka merasakan mereka sedang berdiet walhal, mereka tidak.  Sebab tu anda lihat rupa-rupanya anda masih belum dapat menurunkan berat badan dengan berjaya.

1. Bergantung kepada diet yang mendadak.
Anda mensasarkan untuk mengurangkan berat badan 5kg dalam masa seminggu. Meletakkan matlamat sebegini akan memberikan tekanan yang berlebihan kepada anda. Sudahnya anda berasa sangat tertekan dan apabila target tidak tercapai anda mudah berasa ‘down’ dan tidak ingin mengekalkan diet anda. Apabila anda turunkan kalori lebih rendah daripada sepatutnya iaitu dibawah 1000 kalori, anda melatih badan anda untuk menurunkan paras metabolisma. Akibatnya bila anda kembali makan seperti biasa. Badan anda naik mendadak!

2. Tidak bersarapan pagi.
Apabila anda tidak bersarapan pagi, anda akan mudah berasa lapar dan anda akan mula mendapatkan snek-snek atau anda mula mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak pada waktu tengahari misalnya. Sebaiknya pada waktu sarapan, makan makanan yang mempunyai kandungan bijirin yang tinggi supaya anda dapat berasa kenyang dalam masa yang panjang.

3. Tidak makan snek langsung.
Disarankan, anda perlu mengambil kuantiti makanan secara berterusan dalam kuantiti yang sedikit seperti makan 5 kali sehari tetapi apa yaong penting adalah kandungan makanan tersebut. Maka tidak kisah sekiranya anda makan snek tapi sebaiknya snek yang berbentuk kacang kerana kacang mempunyai kandungan protein yang tinggi. Kajian ada menyatakan snek kacang membantu untuk anda mengurangkan berat badan.

4. Mengambil produk rendah lemak berlebihan.
Mengambil produk rendah lemak setiap masa bukannya lesen untuk anda berdiet kerana produk rendah lemah dan makanan rendah kalori tidak sama. Apa yang perlu anda lihat adalah dari segi kalori makanan tersebut. Jika anda ingin kawal diet anda, setiap kali anda membeli sesuatu produk makanan, lihat pada label makanan tersebut. Terdapat info-info yang anda perlukan untuk anda berdiet. Jadikan ia sebagai satu habit. Anda pasti tidak menyesal.

5. Kurang minum air.
Anda pun tahu kepentingan air dalam badan kita. Badan kita mempunyai 75% air dalam badan dan air sangat penting dalam metabolisma badan. Sekiranya anda kurang minum air, anda akan mengalami dehidrasi dan menyebabkan metabolisma badan menurun. Sebab itu sekiranya anda berasa haus, jangan teragak-agak untuk minum air terutama ketika anda bersenam.

6. Kira berat anda hampir setiap hari.
Ukur berat badan setiap hari adalah resepi kearah kekecewaan. Anda akan sentiasa berasa tertekan kerana berat anda masih tidak turun-turun. Diet atau penurunan berat badan bukan berlaku untuk masa yang singkat. Ia berkaitan dengan cara hidup anda. Jangan jadikan hidup anda satu bebanan okay? Bayangkan sekiranya anda mengukur setiap masa, anda akan lihat berat anda mudah berubah-berubah dan secara tidak langsung akan melibatkan emosi anda.

7. Tidak bersenam.
Untuk menurunkan berat badan dua perkara ini perlu disinergikan bersama. Jangan terlalu fokus dengan diet pemakanan kerana sekiranya anda bersenam, anda tidak perlu terlalu tegas dalam memilih makanan dan pada masa yang sama anda masih dapat menurunkan berat badan. Pilih jenis senaman yang seronok anda lakukan supaya anda tidak berasa terpaksa untuk melakukan senaman.

No comments:

Post a Comment