10 March 2010

Istimewa Buat Amami





Esok (11 Mac) merupakan hari yang istimewa dan bermakna buat kami sekeluarga amnya..dan teristimewa buat adik perempuan bongsu kami,Amy. 11 tahun yang lalu lebih kurang pada pukul 5 pagi ibu telah melahirkan seorang lagi zuriat perempuannya…WAN FARAH NOOR AMAMI BT WAN HANAPI. Kelahiran Amy telah bawa kegembiraan buat kami sekeluarga. Walaupun begitu terselit perkara yang tak dapat dilupakan dan akan diingat sampai bila-bila..

Sebaik sahaja Amy dilahirkan secara normal,ibu mengalami komplikasi dalaman sehingga tidak sedarkan diri. Dia tak sempat nak tengok Amy buat pertama kali. Pihak hospital terus kejarkan ibu ke Hospital Kota Bharu dan Amy di bawah jagaan Mak Uda..Ade la dalam 3 hari ibu kena tahan kat wad dan dpt lihat dan menyusukan Amy selepas beberapa hari. Seingat aku ibu kehilangan banyak darah masa bersalin dan menerima beberapa paket darah.

Dalam seminggu lepas tu ibu ketumpahan darah yang banyak disebabkan darah yang dimasukkan dulu tidak dapat diterima badan. Dia terus dikejarkan ke HUSM Kubang Kerian dan tidak sedarkan diri selama hampir seminggu serta terima 18 paket darah! Memang kami takkan lupakan hal tu.

Pada tahun tu jgk ayah buat record kat umah..suasana hari-hari. Waktu tu kitorang masih kecik-kecik lagi. Amy pn baru 8 bulan dan belajar berdiri. Sampai sekarang video tu elok lagi dan kadang-kadang kitorang gelak je tgk muka ngan perangai masing-masing.

Kenali Amy:

1-nakal sampai jenuh org nak bebel sebab kadang-kadang tak dengar kata

2-aktif kat sekolah..macam2 pertandingan dia masuk..sekarang ni diberi kepercayaan oleh cikgu-cikgu sebagai pengerusi majlis setiap kali perhimpunan sekolah

3-kreatif dalam reka2..ayah pernah cakap dia ikut bakat arwah datuk

4-suka menyanyi, menari. Kadang-kadang datuk kat Sarawak ngn Tampin sanggup call semata-mata nak dengar dia nyanyi

5-penyayang terutama dgn Danish..kadang-kadang Danish naik rimas bila asyik kena cium..hehe

6-sangat berdikari

7-pelajar popular kat sekolah…ermmmmmmmmmmmm

p/s: SELAMAT HARI JADI KE-11 BUAT ADIK AMY..SEMOGA TERUS JADI KEBANGGAAN KELUARGA KITA

No comments:

Post a Comment