23 November 2012

Ir dan Ahli Akademik


Untuk mendapat pengiktirafan penuh (4 tahun) sesebuah pusat pengajian atau kursus pengajian berasaskan kejuruteraan perlulah dianggotai oleh sekurangnya 2 orang Ir. Inilah syarat drpd EAC (Engineering Accreditation Council). Jika tidak pengiktirafan separa atau hanya 2 tahun. Jadi setiap 2 tahun cycle pengiktirafan terpaksa diulang dan pada setiap kali cycle inilah semua ahli akademik dan kakitangan lain terpaksa menyediakan semua dokumen2 yang diperlukan dan proses ini amat menyulitkan. 

Untuk mendapat Ir pula, pemegang ijazah sarjana muda kejuruteraan perlu mendaftar dengan BEM mahupun IEM (sebuah NGO) sekurang2nya 3 tahun, sebelum menduduki peperiksaan dan interview. Dalam pada itu untuk melayakkan diri menduduki exam dan interview, mereka perlulah mempunyai sekurang2 setahun pengalaman bekerja dalam industri. Dikatakan untuk ahli akademik hanya 6 bulan. Walaupun 6 bulan, ianya masih panjang dan memerlukan sekurang2nya terpaksa mengambil cuti sepanjang semester atau membuat beberapa kali cuti penyelidikan (2 bulan maksimum) atau dengan mendapat pelepasan khas drpd ketua jabatan.

Sebenarnya adalah menjadi kewajipan kepada setiap pelajar kejuruteraan yang akan bergraduasi untuk mendaftar dengan BEM sebelum mereka bekerja. Namun ia tidak menjadi amalan dan ianya hanya akan dilakukan jika keadaan memerlukan atau untuk memohon Ir. Dan tidak pernah didengari tindakan dikenakan pada mana2 jurutera yang tidak mendaftar atas apa jua kesalahan berdasarkan akta sedia ada. Keahlian BEM boleh dikatakan keahlian seumur hidup dan yuran akan sekali sahaja dibayar, manakala untuk IEM yuran tahun dikenakan. Mungkin kerana ianya sebuah NGO dan memerlukan dana untuk bergerak. Manakala BEM mendapat dana drpd kerajaan. 

Bagi jurutera yang bekerja di industri atau sektor kerajaan, permohonan ini menjadi lebih mudah kerana pengalaman yang didapati ketika bekerja secara tidak langsung memenuhi prasyarat yang ditetapkan. Akan tetapi bagi pensyarah yang kurang mendapat pendedahan sebegini dan tidak mempunyai cukup masa untuk menjalani attachment, menjadikan mereka sedikit disadvantage. Lebih teruk untuk pensyarah bidang mekanikal, aerospace, kimia atau elektrikal berbanding bidang civil yang banyak melakukan kerja2 perundingan. Ini dapat dilihat dengan jumlah Ir dalam bidang2 ini.

Oleh kerana ia menjadi prasyarat akreditasi, mahu tidak mahu ia perlu dilakukan. Justeru itu adalah baik sekiranya pihak BEM dapat membezakan antara pemohon drpd ahli akademik dengan jurutera sebenar. Perbezaan mungkin dari segi syarat permohonan dan penilaian terhadap pengalaman dan projek yang dilaksanakan atau jangkamasa attachment. Ini sudah pasti akan memudahkan dan memberi galakan ahli akademik untuk mendaftar seterusnya membolehkan pengiktirafan diperolehi bagi kebaikan dan masa depan pelajar.

Wallahu'alam



p/s: Good luck, yang...eh???? hehe

No comments:

Post a Comment