01 October 2012

Happy birthday to you

Entri hari ini, pada tarikh 1 Oktober 2012 khas untuk adik lelaki aku. Hari ni merupakan hari istimewa setiap tahun dalam hidupnya. Bagaimana rasa agaknya bila hari penting ini disambut tanpa keluarga di sisi?
Adik lelaki sulungku, lelaki terbaik selepas ayah...Sebagaimana ayah menjaga kami, begitulah dia layan keluarganya (sebak). Dia tidak kisah pun untuk bersusah payah demi kami, rasa senangnya turut ingin dikongsi bersama. 
Pemergiannya untuk menabur bakti jauh di Labuan memang kami rasai...ibu apatah lagi....dialah 'kaki' ibu bila di rumah. Bila ayah berbicara tentangnya, kami memang akan tahu bahawa ayah dah rindu pada anak lelakinya. dah 6 bulan tak berjumpa (tempoh paling lama kitorang tak pernah bersua).

Chik,
Selamat hari lahir. Semoga kejayaan dan kegembiraan sentiasa menjadi milikmu. 









No comments:

Post a Comment