23 April 2012

To. Daddy. With. Love

Entri kali ni agak emosional bagi aku sempena menghargai hari penting seseorang yang menjadi 'akar' dalam hidup aku selama ini. Beliau ialah lelaki terhebat dalam hidup aku yg bernama AYAH ;)
27 April ni genaplah 52 tahun usia ayah..(aku dapat merasakan pantasnya masa berlalu meninggalkan zaman kecilku). Rasa baru tahun lepas ayah melewati usia 40-annya..


Kita mungkin dah terbiasa meluahkan segala rasa kat ibu, yela...ramai yg menjadikan ibu mereka sebagai BBF dalam segala hal. Dah terbiasa mendengar nasihat, idea, bebelan yg bla bla bla and so on. Begitu jugak aku yg berkongsi segala hal dan minat yg sama dengan ibu. Tapi satu ayat yg keluar daripada mulut ayah terutama kata-kata semangat, memang akan mengundang rasa sebak. 






Aku adalah seorang anak gadis yang meminjam semangat, kecekalan hati, keberanian dan kesabaran daripada seorang ayah. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup aku, ayah akan berkongsi rasa dan takkan membiarkan aku menghadapi seorang. Dia akan menyertainya dengan segunung semangat untuk aku melalui kehidupan yang lebih baik.

Aku pernah jatuh ~ Aku pernah  putus asa apabila hampir tersungkur separuh jalan sebagai seorang pelajar. Ayah takkan membiarkan  rasa putus asa itu menguasaiku. Dipinjamkannya semangat dan kecekalan untuk aku terus bangkit kerana kegagalan ini tidak akan menghalang kejayaanku hari esok. Walaupun dia cuba menyembunyikannya, tapi aku menyaksikan sendiri dia mengesat air matanya...

Aku pernah bangkit ~ Lantaran kegagalan itu, aku bangkit sehinggalah berjaya tebus balik airmata ayah. aku berjaya dapatkan degree (sepanjang pengajian, aku dah tetapkan niat utama bahawa ini untuk ayah). Alhamdulillah, tergambar jelas di muka ayah bahawa dia berbangga untukku :)

Fasa baru ~ Setahun lepas aku selangkah menuju fasa baru dalam hidupku. Dari selepas majlis merisik, ayah tak pernah bersuara pasal majlis tunang aku, dia hanya berbincang dengan ibu je. Aku pun segan nak kecoh-kecoh pasal benda ni sebab aku kan sulung dalam keluarga, macam janggal la pulak nak melalui hal macam ni. Sampai la beberapa hari sebelum majlis, ayah bersuara....

" Rasa baru je tengok Long kecik...ni dah nak tunang dah..."

Aku pun apa lagi, tahan rasa nak nangis...fasa pertama tu pun dah beri kesan kat ayah, macam mana la nanti dia nak lepaskan aku kepada orang lain?

Kerja ~ Dialah orang pertama yg gembira bila aku memasuki dunia pekerjaan...

" Ayah taknak pun duit...asal Long keje je.."


Ayah pernah cakap dulu, aku ni macam nenek (arwah emak dia)..suka masak. Mana tak rasa bangga kan, dia samakan kita dengan nenek...:)

Selamat hari jadi, ayah. Semoga Allah sentiasa melimpahkan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dirahmati selalu. Terima kasih kerana sudi menjadi ayah yang terbaik buat kami....

Terima kasih Allah kerana meminjamkan kami ayah yg terhebat untuk bersama-sama kami mengharungi liku-liku kehidupan ini....



No comments:

Post a Comment