22 March 2012

Kegembiraan berganda~~

Semalam keputusan SPM 2011 diumumkan...
kepada yang berjaya, syabas diucapkan dan kepada adik-adik yang kurang berjaya....tahniah tetap untuk anda kerana telah berusaha keras selama ini. Mungkin rezeki masih belum berpihak tetapi yakinkan diri bahawa anda masih berpeluang untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup..InsyaAllah:)

Alhamdulillah, adik aku dapat jugak 7A 2B (maybe dia masih memikirkan 2B itu, tapi itu sudah cukup menggembirakan kami kerana dia adalah salah seorang harapan keluarga). Sekarang ni kami sedang membantu beliau buat pilihan yangtepat untuk hala tujunya.

Sebenarnya kegembiraan kami bukan terhenti di situ...Pagi tadi ayah call suruh check status adik aku sorang lagi kat portal MARA. Ahamdulillah, minggu depan akan menjadi sebahagian daripada warga MRSM Besut...Belajar molek-molek:)

Aku? Sedang tunggu panggilan penting (tapi tak call pun lagi)...Alhamdulillah sesuatu yang positif sedang berlaku. Tak nak cakap banyak-banyak lagi sebab baru separuh kaki je..hehehhe. Tunggu....

No comments:

Post a Comment