15 March 2012

Ibu-ibu bapak-bapak...sabar ye...

Anak sulung bertemu anak sulung, kemudian nak bersatu ni memerlukan komitmen yang tinggi daripada orang-orang tua. Orang pun asyik tanya, bila nak langsung majlis? Sebelum engaged dulu, kami dah sepakat nak tetapkan tempoh masa sebelum ikatan yang lebih penting berlaku (ibu-ibu dan bapak-bapak pun setuju even sekarang pun dah berbunyi sikit-sikit). Tak de la istilah tunang 6 bulan ke, setahun ke....kan tak tetapkan tarikh. Bila tetapkan, karang tak pasal-pasal stress nak prepare. Ada rezeki tahun ni jugak langsungnya (InsyaAllah).
Kami dah sepakat nak cari dan kumpul duit sendiri dulu sebab nama lagi majlis kami..Tak sampai hati dan memang tak nak orang tua yg keluarkan duit, cukuplah menyara masa kecik dan belajar dulu (touching)..
Segalanya dalam progress yang berjalan lancar sekarang...:)
Sabar ye parents, harap jangan terkejut la bila kitorang tiba-tiba suruh tetapkan tarikh..hehehhe

No comments:

Post a Comment