02 January 2011

KATA-KATA HIKMAH SEORANG LELAKI

Keris Mas 
Orang yang berjuang selalunya menghadapi dua kemungkinan ; hilang atau terbilang

Datuk A. Samad Said
Jangan dilihat apa yang tiada, lihatlah apa yang masih ada.

Arena Wati
Sepuluh kepala, sepuluh tangan dan satu mulut. Ertinya, berfikir sepuluh kali berbuat, sepuluh kali tetapi cakap sekali sahaja.

Datuk Abdullah Husain
Bangsa yang tidak berbudaya dan bersusila ialah bangsa yang tiada tamadun.

Dato' Shahnon Ahmad 
Kota takkan ada kalau pedalaman tiada. Orang kota akan mati kalau tiada pak tani, nelayan, buruh-buruh di kampung.

Datuk Noordin Hassan
Kalau Tuhan mahu orang perempuan berkuasa atas orang lelaki, barangkali Hawa telah dijadikan daripada kepala orang lelaki; kalau perempuan nak dijadikan hamba orang lelaki, Hawa tentu dijadikan daripada telapak kaki orang lelaki. Ini daripada rusuk. Bermakna orang perempuan sedampingan dengan orang lelaki. Bukan tuan, bukan hamba tetapi teman. Dan tidak berbeza di mata Tuhan.

No comments:

Post a Comment