17 January 2011

Hati kecil seorang Kak Long...

Seorang kak long mempunyai satu ruang yang paling dalam  di dalam hatinya..ruang yang paling dalam itu tersimpan seribu rahsia perasaan yang hanya dia ketahui..

Seorang kak long yang kuat hatinya sentiasa menunjuk ego dan keras hati pada luarannya..sesekali takkan mempamerkan bahawa hati perempuannya sangat lemah sehingga menitiskan air mata.Dalam angannya sentiasa mengimpikan zaman kecil bersama adik-adik akan terus kekal.

Hari-berganti hari...dia menyaksikan adik-adiknya semakin membesar dan mempunyai impian tersendiri, dan mereka sangat teruja untuk menggapainya..tapi seorang kak long sangat susah hatinya walaupun nampak ingin berkongsi impian itu dengan gembira. Ini kerana impian itulah yang akan membuat dia semakin jauh dengan mereka sehingga kenangan zaman kecil bersama hanya akan tinggal kenangan.. 

Satu saat,akan sampai juga giliran kak long itu untuk menggapai impiannya sendiri,tapi kenapa dia tidak gembira? Kerana dia tahu akan tiba juga saat dia perlu membawa diri menyelusuri jalan impian itu tanpa adik-adiknya di sisi.ya, satu hari nanti juga adik-adik turut mempunyai jodohnya sendiri..dan akan berkongsi hidup dengan orang asing selain keluarganya sendiri..saat itu akan tiba juga..seorang kak long tidak boleh menangis...pantang untuk menitiskan airmata  depan mereka! 

Mereka sedang merencanakan kehidupan mereka sendiri tapi adakah mereka turut menghargai kenangan zaman kecil itu sepertia mana takutnya perempuan ini jika kenangan itu akan pudar?

masa itu sangat bernilai. Benarlah kata orang,masa itu emas..Gunalah masa bersama sebaik-baiknya kerana kita semakin kekurangan waktu untuk itu...


Dan seorang kak long itu sedang menitiskan air matanya.....

No comments:

Post a Comment