20 January 2011

Hati ini tersentuh....

Semalam aku asyik potong buah betik...lepas tu ayah buat hati aku sangat tersentuh...

perasaan aku berbaur
sebak
jangan sebak.ok!
jangan jangan jangan
dan jangan....


ayah: Long nak tunang?

Aku diam je,malas nak jawab....

ayah: ayah tengok baru semalam tengok Long kecik lagi...

Hati terus sebak dan aku diam je...lepas tu aku mundar mandir buat-buat sibuk  sebak tak nak bagi orang lain nampak airmata aku...sangat sebak,ok...

Macam aku pernah post kat fb aku...anak sulung teutama anak gadis, ibu bapa sukar nak lepaskan mereka kerana sentiasa melihat dia masih kecil di sisi mereka... dua hari lepas pun ayah pernah cakap " ayah tak puas lagi tengok anak-anak " (sebak lagi)

maybe sebab ni kot aku sangat tak suka bila jauh dengan family...sebab aku tahu semakin hari kita akan semakin menuju ke  arah hidup sendiri..

Bila kita ada anak sendri esok barulah kita tau macam mana hati ibu bapa untuk melepaskan kita...

No comments:

Post a Comment