01 January 2011

SELAMAT TINGGAL 2010!!!

Hari ni dah masuk 2011..dah bertambah lagi 1 tahun usia...terlalu banyak kenangan pahit manis sepanjang tahun 2010 untuk diingat: baik sebagai pengajaran mahupun sebagai memori terindah.....

MANIS RANUM

1. Berjaya tamatkan 3 tahun degree yang selama ni memang menjadi matlamat utama.


2. Graduation day!!! saat ni sangat beri makna yang tersendiri buat aku yang pernah kecundang satu ketika dulu. Allah sentiasa permudahkan jalan buat aku disertai sokongan keluarga yang tak pernah putus. Walaupun tak dapat anugerah tertinggi, tapi semua ini cukup bererti.....

3. Langkawi!!!!.   Thanks to ayah sebab bawa kami jalan2 kat Langkawi..dah lama aku teringin nak jejak bumi Mahsuri ni..akhirnya!!!!!

4. Sekali lagi dapat sambut ulangtahun ke-3 hubungan bersama lelaki terbaik dalam hidup  selepas ayah dan adik-adik  lelaki. Semoga 2011 ini akan menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna di samping apa yang kita rancangkan..Amin...

PAHIT HEMPEDU

1. Aku rasa 1 jelah yang pahit...kenal pompuan meroyan tak bertempat. Salah aku jugak tolong orang tak kena tempat...Ape perasaan anda bila orang yang anda simpati, seterusnya anda tolong dengan ikhlas akhirnya mengutuk anda dekat member dan bf sendiri yang selama ni tipu dia.memang pahit kan? Demi Allah..sangatlah pahit kenangan ni...

Semoga 2011 ini akan menjanjikan seribu kemanisan,kejayaan,penghormatan seterusnya diredhai Allah:)

No comments:

Post a Comment