17 December 2010

Kutitipkan doa buat semua.....

1. DOA ANAK UNTUK IBU BAPA

"Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa ksalahan ibu bapa kami, sera kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kacil."

2. DOA AGAR DIJAUHKAN MUDARAT

" Dengan nama Allah, tiada atu pun yang boleh memberi mudarat kepadaku di bumi dan juga di langit dengan berkat namaNya da Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." 

3. DOA AGAR DIJAUHKAN BALA BENCANA

" Ya Allah, wahai Tuhan kami berlindung denganMu aripada seala bala bencana, daripada segala kecekelakaan, daripada mendapat kecelakaan yang berpanjangan dan kesudahan yang buruk. Kami juga memohon perlindunganMu daripada kegembiraan orang-orang membenci kami di atas kekecewaan kami dan kami memohon perlindunganMu daripada kegembiraan menghiap sebarang penyakit an harapan yang menghampakan."

4. DOA MENDAPAT PANDUAN KEPADA PERKARA YANG BENAR

" Ya Allah,tunjukkanlahkepada kami perkara yang benar dan pandulah kami supaya mengikutinya dan tunjuk kanlah kami perkara yang batil supaya kami meninggalkannya."

5 DOA KETIKA DITIMPA KESUSAHAN

" Ya Allah, tiadalah yang mudah melainkan yang Engkau jadikannya mudah dan Engkau yang menjadikan kesukaran itu mudah jika Engkau kehendaki."

p/s: Mudah-mudahan kita semakin dekat di sisiNya serta dimakbulkan doa..Amin:)

No comments:

Post a Comment