14 December 2010

Belajarlah daripada kesilapan diri

Banyak yang mampu kita pelajari daripada apa yang berlaku dalam hidup kita..jadikan ia sebagai satu pengalaman walaupun sangat pahit untuk diterima hati. Jadikan ia juga satu amaran pada diri agar berhati-hati pada masa akan datang.


Pengajaran buat diri sendiri:
 - jangan selalu bersangka baik pada semua orang yang baru kita kenal kerana kita masih belum tahu hati budinya.

- terlalu mudah berasa simpati belum tentu menjamin kita diterima baik oleh orang lain.

- hati-hati dengan apa yang kita lakukan kerana belum tentu orang lain akan suka dengan apa yang kita luahkan walaupun itu satu kegembiraan..rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Pengajaran buat si dia:

- belajarlah menilai diri sendiri dahulu sebelum menilai orang lain...satu jari anda menuding kepada orang lain, empat jari lagi akan tetap menuding kepada diri anda sendiri...

- belajarlah mengubah sikap ke arah yang lebih baik jika mahu hubungan anda sentiasa baik..fikirlah kesalahan sendiri  kenapa semua dugaan itu menimpa anda selama ini.

- janganlah hanya menuding kesalahan orang lain, termasuklah pasangan anda ataupun orang lain yang terlibat jika sesuatu berlaku itu sangat menyakitkan hati...renungkanlah diri sendiri..

Pengajaran kepada semua:

-jangan sangka orang yang selalu baik dengan anda sentiasa ikhlas

-sentiasa berhati-hati dalam menolong orang

p/s: akan selalu berhati-hati pada masa akan datang....hanya Allah yang tahu apa dalam hat kita,apa yang kita buat,apa yang berlaku terhadap kita...


BELAJARLAH DARIPADA KEKURANGAN DIRI SENDIRI

No comments:

Post a Comment