02 March 2010

Darah melanau tetap mengalir dalam diri

Motif tajuk entri macam ni?

Walau aku dah lama kat semenanjung ni, namun aku tetap terikat dengan asal-usulku..
mesti datuk, Awang Patra Awang Anis berbangga kalau tahu kenyataan ni. hehehe. Paling ketara adalah tentang selera aku lebih kepada masakan sebelah keluarga ibu..Antara yang xleh tolak kalau ade dpn mata:

*** sambal belacan***- sambal belacan kat sana lain daripada yang biasa kita makan. cili akan ditumbuk dgn garam. lepas tu dicampur dgn ikan bilis yg turut ditumbuk halus. lepas tu gaul dengan belacan. perah limau nipis..mmg terangkat kalau makan dgn nasi. klu kat umah, sambal belacan ni yg akan habis dl..sampai adik aku gaul dgn nasi je n xnk lauk lain.

*** lumik***- sejenis ikan yg hanya terdapat di sarawak. ikan tersebut akan disalai... sedap kalau digoreng garing dgn bawang besar. rangup...kadang2 blh ratah mcm tu je

***kupas*** udang yang disalai dgn bara api..fungsinya macam udang kering la tapi lagi sedap. sedap kalau dicampur dalam masakan..kadang2 kitorang makan cam tu je...tak gitu,ibu?

***sagu***- korang tahu sagu sarawak cam ne kan? ia diambil daripada pokok sagu..boleh dimakan begitu sahaja. ibu pernah buat bubur sagu.sedap.. ibu lebih suka kalau makan sagu dgn pisang..aku x tau nape...

***kuih cina***- aku x pasti nak jelaskan cam ne pasal kuih ni.seingat aku ia dibakar. sedara penah kirim kuih tu kat kelantan.

***kuih kuyak***- kuih ni pedas ye, kawan-kawan...

***sayur peria/rebung masak belacan***- saya sgt suka masakan ni. ibu selalu masak kat umah..mula2 masukkan sayur tadi dalam air atas dapur. bila mendidih masukkan cili api yg telah ditumbuk dgn belacan..x payah guna bawang,ok....

p/s: saya membesar dgn makanan2 ini-)))

No comments:

Post a Comment