01 March 2010

DANISH WAJDI – Bijaksana dan kesayanganku































Aku ingat lagi waktu tu aku balik cuti sempena birthday aku pada 30 Januari 2009. Sedang aku sembang-sembang berdua dgn ibu:

Ibu: bulan puasa nanti orang sibuk puasa, ibu akan berpantang
Aku: nape plk? (pelik)
Ibu: yela,bulan 8 nanti jangka bersalin.sekarang dh 2 bulan
Aku: mengarut la.blh plk gurau2 macam 2 (terkejut tapi mmg x percaya)
Ibu: x percaya,tgk la nanti……

Memang aku ingat ibu hanya bergurau sbb gaya dia cakap mmg selamba. yela, ibu dah pertengahan 40-an. Tapi jauh dalam sudut hati aku gembira walau x percaya ape ibu cakap. Selama ni kami asyik melayan anak-anak jiran yang baby lagi( sbb yang bongsu dah bersekolah), jadi teringin la jgk kalau ade baby kat dlm umah kami.
Esoknye baru aku tahu ibu x bergurau. petangnye ibu ajak aku pegi Klinik Ibu dan Anak. Kalau dah pegi situ,mmg khas utk ibu-ibu mengandung dan untuk rawatan bayi. Aku macam x percaya dalam usia 40-an ibu mampu mengandung lagi. Menurut ibu,dia pn x sangka akan dapat anak kecil lagi. Kiranya aku orang yang kedua tahu berita ni selepas ayah..bila adik-adik yang lain dapat tahu, mereka x percaya tapi tergambar perasaan teruja dan gembira di wajah masing-masing. Keluarga kami mengharapkan agar bayi yg bakal lahir nanti merupakan baby boy tapi ttp akan bersyukur kalau Tuhan mengurniakan kami baby girl. Masing-masing berebut nak bagi nama..Haris Iskandar la, Daniel Iskandar la…kalau perempuan plk nak bagi nama Yolanda, Normah Abu…(bengong) tapi ibu cakap x payah susah2 nak bagi nama sbb ayah akan fikir namanya..hahahha…ambik korang .
Ibu cakap patutla sblm 2 dia teringin sangat makan cheesy wedges..dan dia memang kuat makan sampai kitorang samakan dia dgn iklan Gummy.
Sepanjang mengandung,( tapi xde la sepenuhnya sbb aku kat shah alam)…aku sentiasa ada dan mengikuti perkembangan ibu. Akulah tempat ibu mengadu. Dia pernah bercerita dgn aku bahawa ada sesuatu yang melukakan hatinya. Pernah sekali dia datang klinik utk menjalani rawatan bulanan, ade srg doktor pelatih mengungkapkan ayat yg membuatkan dia sedih…

“Berat Pn. Dayang x bertambah ni. saya nasihatkan Pn Dayang pegi jumpa doctor pakar kat KB. Dalam usia macam ni macam2 blh jadi kat baby..ada yang cacat, x ckup sifat…”…boleh x seorang doktor menyatakan macam tu kpd pesakit?Aku terdiam bila ibu cerita pasal 2 masa dia tel aku. Aku tahan sebak..aku tahu ibu pn macam 2 tapi dia tabahkan hati.

Aku: Jangan ambik peduli la cakap doktor tu…dia x btl agaknya..mn blh srg doktor cakap macam tu. Tapi xnk check ngn saja2 ke ngn doktor pakar?
Ibu: xnak..semua ni Tuhan yang tentukan. Anak ibu akan sihat2 je…
Aku sebak dan hampir menitiskan air mata..Sepanjang aku knl ibu, aku tahu bagaimana sayangnya pada anak-anak.

Bulan berganti bulan….
Kami semakin x sabar menghitung air..ibu dan aku yang paling teruja nak beli baju baby..Setiap kali itulah aku akan jadi temannya..dalam keadaan sarat (seingat aku waktu tu dia dah lebih 8 bln) dia aktif lagi buat keje2 umah…ketika jalan2 kat bandar dia mampu utk keliling 1 bandar sdangkan aku sakit pinggang bila sampai umah..hahaha. Kami adik beradik desak ibu srh buat scanning kat klinik. Yela,semua tak sabar nak tahu jantina. Semua mengharapkan kali ni dapat baby lelaki. Waktu ibu dah dok dalam bilik doktor, tiba2 dktor panggil aku masuk. aku berdebar kalau-kalau ade sesuatu yang buruk berlaku. Rupanya doktor suruh aku tgk keputusan jantina. Agak lama la jgk dia nak cari tanda2 jantina baby sebab baby x dok diam.aku ngeri tgk perut ibu yangbergerak2. mmg waktu 2 berdebar macam dapat result exam.Lepas tu doktor cakap:

Doktor: haaaaa…dah jumpa dah..nampak 2 ****
Aku tersenyum…bunga harapan kian berkembang: lelaki?
Doktor: ye…lelaki
Ibu: Anak lelaki dr?
Doktor: ye…Pn Dayang akan dapat anak lelaki
Ibu: Alhamdulillah..syukur..(ibu sebak)

Balik dari klinik seisi rumah bergembira dgn penuh kesyukuran. Sejak malam tu. semua barang-barang baby bertemakan biru sampai naik juling mata aku.
Pagi 14 Ogos 2009 ( kat kolej)
Bila aku bangun aku dapat MMS daripada hp ibu..ade gambar baby baru lahir. Anak sape ni? dah la xde tulis ape..Kulit putih kemerahan…fikiran aku kosong tgk gambar tu. tapi ade sesuatu yg menarik perhatian aku..lampin gambar ketam tu macam penah aku tgk..baju pn cm aku beli je..sarung tangan gambar hidupan laut pn macam aku beli masa aku balik umah dl…hati aku terdetik sesuatu. Terus aku call adik aku (Ubai):-

Aku: Wei, gambar anak sape ibu hantar tu?
Ubai: Bengong! Adik sendiri xleh kenal

Aku dah tersenyum lalu aku terus call ayah.mmg btl…Ibu dah bersalin..Wan Ahmad Danish Wajdi lahir pada pagi jumaat jam 4.48pagi (14.8.2009) dgn berat 3.2kg. Allah maha besar..
Aku balik selepas seminggu Danish dilahirkan sempena majlis kesyukuran..Aku sebak bercampur gembira lihat wajahnya buat pertama kali..”inilah yang ade dalam perut ibu selama 9 bln..inilah yang membuat seisi keluarganya tidak sabar menanti”..Allah maha mengetahui…Ternyata doktor pelatih tu salah menelaah..Danish Wajdi lahir sebagai bayi yang sihat dan sempurna sifatnya! Malam selepas majlis kesyukuran, Danish demam..suhu panasnya panas. Kebetulan waktu tu dia kena demam kuning..suhunya mencecah 38 darjah celcius.. Tapi dia srg bayi yang tabah..x menangis langsung..Alhamdulillah..dia beransur sihat.

Sekarang…
Danish Wajdi telah membesar sebagai bayi yg comel dan sihat..Dalam usia 6 bulan, dia dah tumbuh gigi (dah 3 batang melalui ape ibu cakap)…sudah expert meniarap..ade tanda2 dia akan terus belajar duduk tanpa proses merangkak..seorang bayi yang manja..suka ketawa dan tersenyum dan pandai kenal suara yang memanggil namanya. Ibu pernah cakap Danish seorang bayi yg kuat semangat kerana masih mampu tersenyum dan ketawa walaupun dia tgh demam. Dia macam ade aura bila ke mana-mana dia pegi ade2 je orang nak dukung,cium..kadang2 pekerja pasaraya seakan-akan lupa keje mereka kerana asyik melayan Danish! Kadang-kadang dah macam 1 malaysia bila ade org India dan cina datang menciumnya.

Aku ingat lagi waktu sembang2 ngn ibu:
Ibu: macam x percaya umur macam ni dapat anak kecik lagi…
Aku: Ntah la..anak jumpe kat mana la ni..hahahha. Ala..umur 50thn pn ade org ngandung lagi..dah Tuhan nak bagi.
Ibu: Dulu sblm mengandung ibu sll mtk ngn Tuhan stp kali lps sembahyang. kalau Tuhan nak bagi anak lagi waktu ni ibu terima..Ibu sll doa biar la dapat anak lelaki plk
Aku: kan skrg Tuhan dah bagi…Danish ni macam hadiah la

Wan Ahmad Danish Wajdi- sesuai dengan namanya “ Bijaksana dan kesayanganku”- akan tetap menjadi kesayangan keluarga kami…Semoga dia membesar sebagai insan yang berguna dan menjadi kebanggaan keluarga…Amin….

No comments:

Post a Comment