25 February 2010

aku.sayang.kamu.






Semalam kamu minta aku update blog dengan menulis pasal kamu…so,telah aku laksanakan. Bersyukur kerana aku mendapat kerajinan untuk memerah idea menulis sesuatu ttg kamu..hehee
Aku tahu kamu saat ni berada dalam keadaan yang sukar…macam2 kena fikir di atas semua masalah yang datang. Aku mahu kamu tahu, walaupun kadang2 kita tak bersependapat, aku akan sentiasa menyokong di atas segala keputusan yang dibuat..di dalam doa aku sentiasa berharap kamu akan baik-baik sahaja walau apa pun terjadi. Kamu sentiasa di sisi aku semasa aku susah, kenapa aku tidak boleh berbuat hal yang sama?
Sayang..
Sedar atau tidak (aku pasti kamu kadang2 tidak sedar!) lebih dua tahun kamu bersama aku. Kalau dihitung balik, aku dan kamu saling mengenali sejak 13 tahun yang lalu (darjah 6)..dari seorang budak yang kurus mengalami transformasi ketara sekarang.hahahha….sepanjang itu aku tidak dapat jawapan bagaimana kamu boleh berada dalam hati aku.Apa yang aku tahu, aku tak pernah menyesal tentang perkara ini. Kita sama-sama pernah bersedih kerana seseorang yang telah menyakiti hati. Di antara mereka yang sudi memberi hati kepada aku, kamu adalah yang terbaik pernah aku jumpa…adakah aku pn yang terbaik? Aku tidak mengharapkannya pun kerana aku tahu aku selalu menyakiti hati kamu
Apa yang perlu kamu tahu..
Aku sangat sayang kamu…..



KAU KU SAYANG

Kau tersenyum
Ku terpaku
Cahya di wajahmu
Hanyalah untukku

Sinaran matamu
Menusuk di kalbu
Tak mungkin ku melupakan
Sebegini pengalaman
Lalu hati pun berkata
Segala untukmu


Satu masa nanti
Pasti kau temui
Tabahkanlah hati
Jangan lupakan Ilahi

Akan tiba bahagia
Tak mungkin sendirian
Terhurai dalam lagu berkumandang
Di buai dalam mimpi
Kau ku sayang

Segala untukmu

No comments:

Post a Comment